Home      
 
Ubahsuai Rumah
 
 
Saya nak buat loan ubahsuai rumah, apa yang perlu saya buat? 
Sesetengah pemilik rumah memilih untuk membuat pinjaman bank/swasta/kerajaan untuk pembiayaan ubahsuai rumah mereka. Di bawah ini dijelaskan secara ringkas prosedur tersebut.

a. Anda melantik akitek/perunding untuk menguruskan rekabentuk & mengemukakan pelan ke pihak majlis sehingga mendapat kelulusan.
b. Anda juga melantik kontraktor binaan untuk kerja-kerja ubahsuai rumah anda. Kontraktor akan menyediakan dokumen sebutharga ubahsuai yang terperinci.
c. Salinan pelan lulus dan sebutharga ubahsuai rumah dikemukakan oleh anda ke pihak bank/swasta/kerajaan yang akan membiayai pinjaman ubahsuai rumah anda.
d. Pihak yang berkenaan akan membuat kiraan jumlah pinjaman berdasarkan keluasan tambahan rumah dalam pelan lulus dan sebutharga yang disediakan oleh kontraktor anda.
e. Pihak pembiaya pinjaman ubahsuai rumah anda meluluskan pinjaman dengan syarat bayaran dibuat mengikut 'progress payment' ubahsuai rumah anda. 

Setelah pinjaman diluluskan dan segala dokumen telah anda terima dari pihak pembiaya iaitu bank/swasta/kerajaan, anda bolehlah memulakan kerja-kerja ubahsuai rumah anda.

Nota penting!
Kontraktor akan membuat tuntutan bayaran mengikut perjanjian 'progress payment'. Sebagai contoh, kerja-kerja ubahsuai telah siap sebanyak 30%, maka kontraktor membuat tuntutan bayaran kepada anda dan pihak pembiaya ubahsuai rumah. Dalam hal ini, anda perlu melantik akitek/perunding untuk memantau kerja-kerja pembinaan dan menyediakan laporan pengesahan siap kerja pembinaan 30%. Laporan ini adalah sebagai dokumen sokongan untuk membolehkan kontraktor membuat tuntutan 'progress payment' kepada pihak bank/swasta/kerajaan. 

Dalam 'post' akan datang, saya akan huraikan tentang jumlah & jenis bayaran serta deposit yang perlu dibayar ke pihak majlis untuk proses mendapatkan kelulusan pelan.
 

http://tips-ubahsuai-rumah.blogspot.com/2008/12/pinjaman-untuk-pembiayaan-ubahsuai.html

 

 

 

 

 
 

PELAN & LUKISAN:
PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG


Disediakan oleh
abdaziz@usm.my

Pelan/lukisan
Kesannya…….
-----Jika diikuti, “ya”
-----Jika tidak diikut, “tidak”


APA?
(a) Perspektif kontraktor
P/L = Pat. = RM
P/L = pelan/lukis
Pat. = patuhi/diikuti
RM = dapat bayaran
(b) Perspektif klien/ tuanpunya projek.
P/L = Lu. = CF
P/L = pelan/lukisan
Lu = Lulus
CF = Boleh duduk
Boleh dijual
Boleh diguna
Boleh untung

FUNGSI LUKISAN

Ia mempunyai banyak fungsi – yang biasanya dipenuhi oleh lukisan-lukisan yang
berlainan.
Menjadi model bagi idea-dea ereka dan membantu merasional dan menyelesai masalah dan konflik yang dijangka antara fabrikasi dan penampakan (misalnya lukisan isometrik dan pandangan pelukis)
Ia menjadi alat menyampaikan hasrat pereka kepada kontraktor (lukisan rekabentuk terperinci)
Ia merekod apa yang telah dibuat (lukisan seperti – dibina [as-built] bagi tujuan penyenggaraan fasiliti)
Ruj: Murdoch, J. & Hughes, W. 1992, Construction Contracts – Law and Management, London: E & FN Spon. m.s. 125.

UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984 [P.W. 5178/85]

2. Takrif

orang berkelayakan” ertinya seseorang arkitek, pelukis pelan bangunan atau jurutera berdaftar;

orang yang mengemukakan” ertinya seseorang berkelayakan yang mengemukakan pelan-pelan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk diluluskan;

Pelan susunatur” ertinya sesuatu pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan yang kompeten;

pelan yang diluluskan” ertinya pelan bagi sesuatu bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan mengikut Undang-Undang Kecil ini;

 

BAHAGIAN II

 
PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN

3. (1) Semua pelan bangunan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan untuk diluluskan, sebagai tambahan kepada kehendak-kehendak seksyen 70 Akta, hendaklah:-
(a) didepositkan di pejabat pihak berkuasa tempatan bersama dengan fee yang ditetapkan bagi pengemukaan pelan-pelan itu mengikut Jadual Pertama Undang-Undang Kecil ini;
(b) mengandungi suatu pernyataan yang menunjukkan maksud bangunan yang dikemukakan pelannya itu hendak didiri dan digunakan;
(c) mengandungi perakuan orang-orang berkelayakan itu bersama dengan Borang A sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini yang baginya mereka masing-masing bertanggungjawab; dan
(d) dilampirkan bersama-samanya suatu salinan bersetem pelan tapak yang relevan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan yang kompeten dan diperakukan dalam masa dua belas bulan kelendar sebelum tarikh pelan-pelan bangunan itu didepositkan, melainkan jika selainnya dikecualikan di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan perancangan.

(2) Tiap-tiap pelan, lukisan atau kiraan berkenaan dengan sesuatu bangunan hendaklah dikemukakan oleh orang berkelayakan.

(4) (1) Sesuatu pihak berkuasa tempatan, jika pada pendapatnya sesuatu pelan, lukisan atau kiraan itu adalah di luar kekompotenan orang berkelayakan yang mengemukakannya, boleh mengembalikan pelan, lukisan atau kiraan itu.

(2) Sesuatu pihak berkuasa tempatan hendaklah menerima mana-mana pelan, lukisan atau kiraan yang telah dikembalikan jika pelan, lukisan atau kiraan itu dikemukakan semula bersama dengan suatu perakuan daripada pihak berkuasa berkenaan yang kompeten yang bertanggungjawab bagi pendaftaran orang berkelayakan itu, memperakui bahawa pelan, lukisan atau kiraan itu adalah di dalam kekompetenan orang berkelayakan yang mengemukakannya.

5. Jika di bawah Undang-Undang Kecil ini sesuatu pelan, lukisan atau kiraan berhubungan dengan sesuatu bangunan dikehendaki supaya dikemukakan oleh orang berkelayakan, tiada apa-apa pembinaan atau pembinaan lanjut bangunan itu boleh dijalankan melainkan orang berkelayakan itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya dengan wajar mengakujanji untuk mengawasi pembinaan dan pemancangan tanda, mengikut mana berkenaan, bangunan itu.

6. (1) Semua pelan yang dikemukakan hendaklah ditandatangani oleh orang berkelayakan dan oleh pemunya atau ejennya dan hendaklah mengandungi alamat penuh pemunya itu.

(2) Pihak berkuasa tempatan, jika berpuashati bahawa pemunya premis itu telah enggan atau tidak melaksanakan apa-apa kerja yang dikehendaki supaya dilaksanakan olehnya di bawah Akta, mengarah pemunya premis tersebut secara bertulis melaksanakan apa-apa kerja yang berkenaan.

7. (1) Orang berkelayakan yang mengemukakan pelan-pelan itu hendaklah bertanggungjawab atas pelaksanaan wajar semua kerja dan hendaklah terus bertanggungjawab sedemikian sehingga kerja-kerja itu siap melainkan:-
(a) dengan persetujuan pihak berkuasa tempatan itu orang berkelayakan lain dilantik untuk mengambil alih; atau
(b) pihak berkuasa tempatan itu bersetuju menerima penarikan balik atau penggantiannya atas permintaan pemunya dengan syarat bahawa pembinaan bangunan itu belum lagi bermula.

(2) Jika pihak berkuasa tempatan itu bersetuju menerima penarikan balik atau penggantian orang berkelayakan di bawah perenggan (1) (b) undang-undang kecil 7 kerja-kerja itu tidak boleh dimulakan sehingga orang berkelayakan lain dilantik untuk mengambil alih.

(3) Jika mana-mana yang berkelayakan yang telah mengemukakan apa-apa pelan, lukisan atau kiraan berkenaan dengan sesuatu bangunan telah mati atau menjadi bankrap atau tidak boleh dijumpai atau pendaftarannya telah dipotong daripada daftar atau oleh apa-apa sebab lain telah berhenti daripada menjalankan amalannya, maka pemunya atau penduduk itu hendaklah dengan seberapa segera yang praktik melantik orang berkelayakan yang lain untuk bertindak bagi pihaknya dan untuk mengemukakan keterangan yang mencukupi kepada pihak berkuasa tempatan mengenai hal keadaan itu.

8. (1) Semua pelan bangunan hendaklah didepositkan dalam tiga salinan atau dalam seberapa banyak salinan yang dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan.

(2) Satu set pelan-pelan itu hendaklah dibuat atas linen atau bahan lain yang tahan dipakai dan tahan lama dan set ini bersama dengan satu set lagi, hendaklah disimpan oleh pihak berkuasa tempatan dan set ketiga hendaklah dikembalikan setelah diluluskan.

(3) Jika pelan-pelan itu tidak diluluskan, satu set pelan-pelan itu hendaklah dikembalikan dengan suatu pernyataan menerangkan sebab-sebab ia tidak diluluskan.

(4) Tiada apa-apa pun dalam undang-undang kecil ini boleh melarang set tambahan pelan-pelan didepositkan jika difikirkan bahawa dengan berbuat demikian kerja pihak berkuasa tempatan boleh dipercepatkan.

 

Sumber ; http://ubiquexrer.blogspot.com/2009_06_21_archive.html

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bayaran melalui kad kredi (melalui paypal)

 

Ubah Suai Pejabat

Pasang Tile

 

Bumbung Bocor

JAMINAN KAMI:

Harga Berpatutan

Kualiti Kerja Sangat BAIK

 

Hubungi kami untuk sebut harga (Percuma).

Call / SMS : 012-3155244  (SMS akan dijawab dalam tempoh 24 jam)